Pakej Umrah 2016 – 2017

Pakej Umrah 2016 - 2017

Pakej Umrah 2016 – 2017 ini diuruskan Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (387959-X) (KKP No. 3557) dengan kerjasama Islam Itu Indah. Kami menyediakan pelbagai kategori Pakej Umrah untuk kemudahan serta keselesaan para jemaah yang memilih perkhidmatan Umrah bersama. Kami menitikberatkan konsep 3K iaitu Keselesaan, Kemudahan dan Keyakinan. Beribadah dengan penuh ketenangan dengan ilmu yang mantap dalam menyuburkan iman di bumi Barakah InsyaAllah.

Pakej Umrah 2016 – 2017 oleh Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (387959-X)

Pakej Umrah 2016 Zahafiz Travel & Tours

Ziarah di Madinah

1. Ziarah Dalam

  • Maqam Rasulullah SAW dan Sahabat
  • Raudah
  • Perkuburan Baqi’

2. Ziarah Luar

  • Masjid Quba
  • Masjid Qiblatain
  • Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh)
  • Jabal Uhud
  • Pasar Kurma/Ladang Kurma

3. Ziarah Pilihan

  • Dengan bayaran tambahan, kilang Al Quran (hanya jemaah lelaki sahaja), tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi.

Ziarah di Makkah

1. Ziarah Luar

  • Jabal Thur
  • Jabal Rahmah
  • Jabal Nur (Arafah)
  • Muzdalifah
  • Jamrah & Mina (melintasi & memandang dari dalam bas)

Untuk membuat sebarang tempahan Pakej Umrah 2016 – 2017, anda boleh terus hubungi melalui panggilan telefon untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan.

Banyak kelebihan jika anda memilih Pakej Umrah 2016 – 2017 dari Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (387959-X) kerana selain daripada mempunyai hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram, Pakej Umrah 2016 – 2017 dari Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (387959-X) menyediakan Visa Umrah yang sah dan dibenarkan oleh Arab Saudi.

Hukum dan Dalil Umrah

Umrah adalah fardhu seperti haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Beliau berdalilkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala

‘Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah”. (AlBaqarah:196)

Ertinya tunaikanlah kedua-duanya dengan sempurna.

Dalil daripada as-Sunnah ialah sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al-Baihaqi dan selain mereka dengan sanad-sanad yang sahih daripada ‘Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah wanita wajib berjihad?”. Sabda Baginda: “Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah”.

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInEmail this to someone